Ahad, 9 Januari 2011

Pengenalan KOPIM11

PENDAHULUAN

Pendidikan Islam di Malaysia secara umum dibicarakan dari dua sudut pandang iaitu sebagai sistem dan kurikulum. Setiap sudut pandang memiliki kandungan (content) dan metodologi (methodology) yang tersendiri. Sewajarnya kefahaman tentang perkara ini diperjelaskan secara menyeluruh agar individu dan masyarakat di Malaysia dapat memahami letak duduk pendidikan Islam dengan lebih tepat lalu meningkatkan peranan dan impaknya kepada kehidupan mereka. Antara aspek yang perlu dibicarakan ialah berkenaan cabaran dan realiti yang berlaku serta solusi dan penyelesaian yang boleh dilaksanakan.

Maka sebagai salah satu usaha ke arah memperkasa pendidikan Islam di Malaysia, pihak Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan kerjasama Lajnah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011 (KO-PIM ’11).  Dengan mengenal pasti cabaran dan realiti pendidikan Islam di Malaysia serta mengadaptasi solusi dan menyelaras penyelesaian yang sewajarnya, ia diharap mampu memberi sumbangan ke arah memperjelaskan kedudukan pendidikan Islam di Malaysia seterusnya meningkatkan peranan dan impaknya kepada pembangunan individu, masyarakat dan negara.

OBJEKTIF

·         Mengenal pasti cabaran dan realiti dalam sistem serta kurikulum pendidikan Islam di Malaysia.
·         Mengadaptasi solusi terhadap cabaran dalam pemikiran dan amalan sistem pendidikan Islam di Malaysia.
·         Menyelaras penyelesaian terhadap realiti dalam kandungan kurikulum serta metodologi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di Malaysia.

NAMA

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011 (KO-PIM ’11)

TEMA

“Memperkasa Pendidikan Islam di Malaysia”

ANJURAN

Program Pendidikan Islam, APIUM
dengan kerjasama
Lajnah Sarjana Muda Pendidikan Islam, APIUM

Penganjur Bersama:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPI, KPM)
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM)

TARIKH

23 dan 24 Februari 2011

HARI

Rabu dan Khamis

TEMPAT

Dewan Kuliah Utama
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)
Kuala Lumpur

KUMPULAN DAN BILANGAN SASARAN

Pensyarah dan Para Pelajar UM
Pensyarah dan Para Pelajar IPTA & IPTS yang lain
Pensyarah dan Para Pelajar IPGM
Institusi Pendidikan Islam
Pertubuhan Pendidikan Islam
Komuniti Masyarakat
Individu Perseorangan

300 Peserta